Blog

Check out market updates

Moratorium Pinjaman Perumahan April 2020

Moratorium Pinjaman Perumahan April 2020

Berikut penularan wabak COVID 19 dan Perintah Sekatan Pergerakan (PKP) dilaksanakan banyak individu mahupun syarikat yang terjejas.

Hanya beberapa industri (essential industry) dibenarkan beroperasi tetapi dihadkan waktu operasi.

Yang lebih teruk, ada sebahagian pekerja tidak dibayar gaji, bagi syarikat pula income/sale tidak dapat diperolehi dalam tempoh ini sebab bisnes kena tutup.

Untuk membantu golongan yang terkesan, kerajaan melalui peranan Bank Negara Malaysia (BNM) memberi Moratorium pinjaman untuk mengurangkan bebanan kepada peminjam.

Pinjaman (konvensioal) pembiayaan (islamik) selepas ini akan ditulis pinjaman merujuk kepada islamik dan konvensional untuk memudahkan penulisan

Moratorium Pinjaman Perumahan April 2020

Moratorium Pinjaman Perumahan April 2020

1. Apa itu Moratorium

Penangguhan automatik pembayaran balik pinjaman / pembiayaan selama 6 bulan untuk membantu peminjam (individu dan PKS) yang ada masalah kewangan

2. Siapakah yang layak untuk mendapat Moratorium?

Kepada semua individu/PKS yang membuat pinjaman / pembiayaan yang dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Dengan syarat tidak mempunyai tunggakan pinjaman/ pembiayaan melebihi 90 hari pada 1 April 2020 dan pinjaman dalam denominasi ringgit.

3. Berapakah tempoh Moratorium?

Iaitu selama 6 bulan bermula 1 April 2020 sehingga 30 September 2020. Bermaksud bermula bulan April 2020 sudah tidak perlu membayar bayaran balik pinjaman.

4. Adakah perlu membuat permohonan?

Tidak perlu. Ia secara automatik diberikan penangguhan. Jika tidak mahu membuat penangguhan, perlu hubungi pihak bank dan bayar balik pinjaman seperti biasa.

5. Apa yang akan terjadi pada pinjaman perumahan?

Faedah pinjaman perumahan menggunakan kaedah reducing balance. Caj dikenakan pada baki pinjaman.

  1. Sepanjang tempoh 6 bulan caj faedah normal tetap berjalan seperti biasa iaitu dikenakan pada baki pinjaman 30 Mac 2020
  2. Berita baik compounding interest ( kenakan interest atas interest) tidak dikenakan
  3. Tidak disenarai dalam CCRIS sebab penangguhan itu dibuat oleh bank
  4. Tiada faedah atau caj pembayaran lewat (no late payment charge)

Jual Beli Hartanah Hubungi Saya

Call: +6013-344 0625

6. Apa kesan selepas 6 bulan?

Bagi yang tidak mengambil Monatorium, maka tidak ada kesan apa-apa.

Kesan ini dirasai oleh peminjam yang mengambil Moratorium. Maklumat ini saya ambil dari bacaan Tn Firdaus Pay berdasarkan FAQs 4 buah bank.

Ada 2 perkara mungkin akan terkesan iaitu; tempoh pinjaman dan nilai installment

Senario #1 [Tempoh Pinjaman Dilanjutkan, Installment Sama]

=+> Untuk Bank A dan Bank B, tempoh pinjaman dilanjutkan, jadi installment masih sama selepas 6 bulan moratorium.

~> Dalam kes ini, mungkin ada sedikit adjustment ke atas installment untuk accrued interest sepanjang moratorium 6 bulan tersebut.

Senario #2 [Tempoh Tak Dilanjutkan, Bulan Terakhir Serap Semua Dalam Installment]

=+> Untuk Bank C, tempoh pinjaman tidak dilanjutkan, installment masih sama selepas 6 bulan moratorium. Namun, amount installment sepanjang moratorium 6 bulan akan diserap ke atas installment terakhir pinjaman bank.

~> Dalam kes ini, installment pinjaman bank pada bulan terakhir pinjaman akan naik mendadak dan akan jadi bayaran installment paling tinggi.

Senario #3 [Tempoh Pinjaman Tak Dilanjutkan, Installment Naik Selepas Moratorium]

=+> Untuk Bank D, tempoh pinjaman tidak dilanjutkan. Installment terus akan dinaikkan mengikut amoun installment dan interest yang tak dibayar semasa tempoh moratorium. Ini akan berlaku selepas sahaja tempoh 6 bulan moratorium tamat.

~> Dalam kes ini, installment pinjaman bank anda akan naik selepas sahaja tempoh moratorium 6 bulan tamat.

7. Saya tinggal di rumah sewa, adakah perlu bayar sewa (sebab owner dapat Moratorium)?

Pertama sekali yang perlu difahami ialah sewaan adalah kontrak antara penyewa dan pemilik. Tiada kaitan dengan bank.

Hatta rumah itu sudah habis dibayar (full settlement) sewaan tetap kena bayar. Sebab ia milik pemilik dan disewakan kepada penyewa. Hak pemilik untuk dapat sewaan dan tanggungjawab penyewa membawa sewaan.

“Kalau macam tu zalim la pemilik yang masih nak ambil duit sewaan sedangkan dia tak bayar installment.” – ujar anak Mak Cik Kiah

Sebenarnya ia bergantung kepada kondisi pemilik rumah. Tapi asasnya ialah toleransi, berbincang elok-elok dan saling memahami. Ada beberapa kondisi pemilik rumah, antaranya ialah;

  1. Pemilik yang rumahnya sudah habis bayar. So kutip sewa secara bersih.
  2. Pemilik yang masih membayar pinjaman tapi bayaran ansuran lagi tinggi dari sewaan (negative cashflow). Setiap bulan kena topup loan.
  3. Pemilik yang masih membayar pinjaman tapi bayaran ansuran lagi rendah dari sewaan (positive cashflow). Setiap bulan ada lebihan wang hasil sewaan. 

Bagi pemilik yang sudah habis bayar loan dan yang mendapat positive cashflow mungkin tiada masalah untuk bagi diskaun atau bagi duduk free buat beberapa tempoh.

Mungkin bagi pemilik yang sebelum ini asyik topup duit untuk cover installment agak berat untuk beri diskaun.

Tapi-, apa-apa pun terpulang pada budi bicara dan persefahaman antara penyewa dan pemilik.

Cuma bagi penyewa yang tidak terkesan dengan kes COVID (gaji pun dapat penuh, siap dapat bantuan dari kerajaan) agak tidak wajar untuk mohon diskaun sewaan. 

8. Perlu ke saya ambil Moratorium

Perlu atau tidak. Bergantung kepada status kewangan masing-masing. Iaitu pekerjaan, simpanan dan bebanan lain.

Bagi staf kerajaan tetap dan mempunyai kewangan yang tahap OK bagi saya tak perlu ambil Moratorium. 

Moratorium bukan PERCUMA, ia hanya tangguh selama 6 bulan. kadar caj / faedah tetap berjalan 6 bulan. Bermakna peminjam kena bayar tambahan caj/ faedah (rujuk poin no 5)

Bagi pekerja syarikat swasta atau kerja sendiri, boleh pertimbangkan untuk ambil. Semuanya atas kewangan individu masing-masing. 

Duit sepatut bayar installment bank selama 6 bulan itu nak buat apa kalau ambil Moratorium?

Bagi yang rasa kewangan tergugat atau risau dibuang kerja atau mungkin dikurangkan gaji, wang itu boleh dijadikan duit kecemasan, bukan untuk belanja mewah raya. 

Sebab semua orang tak dapat pastikan adakah ekonomi sangat stabil selepas isu COVID 19, malah KKM pun tak dapat bagi jaminan PKPK akan selesai setel bulan April ini, mungkin dilanjutkan atau mungkin tidak.

9. Senarai bank dan pengumuman tentang Moratorium

Sila klik link di bawah

1) Public Bank Berhad
2) Hong Leong
3) CIMB 
4) Maybank
5) UOB 
6) Affin 
7) AmBank 
8) MBSB 
9) OCBC 
10) Agro Bank 
11) BSN 
12) Bank Islam 
13) RHB 
14) Standard Chartered Bank 
15) Bank Rakyat 
16) Bank Muamalat 
17) Al-Rajhi 
18) HSBC

senarai bank ini saya ambil dari FB Tn Harith Faisal


Rujukan utama bahan dari FB Bank Negara Malaysia

2 Comments

  1. Siva

    on said  

    Nak tanya macammana nak tahu adakah loan rumah saya under moratorium sebelum ni?
    Mcm mana nak tahu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published.