Blog

Check out market updates

cara urus rumah sewa

Cara Urus Rumah Sewa Supaya Anda Tak Pening Kepala

Bila sebut rumah sewa, perkara yang paling ditakuti adalah Cara Urus Rumah Sewa Dengan Penuh Harmoni. Ye, sebab kita tak tahu macam mana sikap penyewa yang akan kita dapat.

Ada yang bertanya bagaimana kita nak tahu penyewa itu bagus atau tak bagus? Ada kaedah tapi ia sebagai teknik permulaan sahaja, nanti saya akan ceritakan.

Urus rumah sewa sebenarnya boleh tampah pengetahuan dan pengalaman seperti cara tukar tombol pintu, baiki salur paip, dekorasi rumah, cara tengok air muka penyewa dan sebagainya.

.

Cara Urus Rumah Sewa Supaya Tak Pening Kepala

Berdasarkan pengalaman urus rumah sewa (rumah sewa orang lain) ada beberapa pengalaman manis dan pahit dihadapi. Pengalaman manis bila dapat ‘penyewa dari syurga’ dan pengalaman pahit bila dapat ‘penyewa dari neraka’.

  1. Kenalpasti market sewa rumah tersebut sama ada dengan perabot (fully furnished, semi furnished) atau tanpa perabot (unfurnished)
  2. Iklankan rumah sewa dengan maklumat terperinci terutama berkenaan dengan kadar sewa, tarikh pembayaran, deposit dan tempoh kontrak. 
  3. Bila dapat call daripada prospek penyewa, tanya dengan terperinci lokasi kerja, kenderaan dan sebagainya. Nyatakan juga kadar sewa, kelengkapan rumah, kontrak sewa dan tarikh pembayaran sewa
  4. Semasa proses viewing (bawa penyewa tengok rumah) sekali lagi maklum berkenaan makluman di No 2 dan 3. Jangan lupa tanya tarikh kemasukan. Jika lambat masuk tanpa booking, utamakan orang lain yang lebih awal. p/s Panduan buat penyewa semasa view rumah
  5. Sebolehnya dapatkan maklumat pekerjaan seperti gaji, tempat kerja, tarikh masuk gaji. Bersesuaian dengan kadar sewa yang diletakkan. Biasanya kadar sewa yang tinggi perlu sesuai dengan gaji penyewa. 
  6. Semasa kontrak, tegaskan berkenaan dengan kerosakan. Siapa yang akan tanggung kos kerosakan. Sebab perkara ini biasanya menjadi kekeliruan antara penyewa.
  7. Untuk sewaan rumah pastikan ada kontrak sewaan ‘Tenancy Agreement’ dan perlu distamping (stem hasil). Saya biasa stamping di LHDN Jalan Reko Kajang. Stamping perlu untuk mengesahkan perjanjian tersebut. Malah untuk membuat pinjaman (sebagai bukti side income) tenancy agreement yang dah di stem hasil dikira.

Bagi nak elakkan pening kepala dalam urus rumah sewa, boleh gunakan khidmat PenungguRumah. Boleh klik blog mybiliksewa

Saya akan sambung dalam part 2 pula dengan lebih details serta penambahan pada isu penyewa yang buat hal seperti bawa masuk bukan mahram, penagih dadah, rumah yang rosak teruk dan sebagainya.

.

Untuk urusan jual beli hartanah, boleh hubungi saya

Ejen Hartanah Berdaftar, sedia bantu anda urus jual beli hartanah
Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
: HP: 013.344.0625 (whatsapp/call/SMS)
: EMEL: rasyadan.imgsel@gmail.com
: WEB: www.hartanahwow.com
: FB: Hartanah Wow 

IM Global Property Consultants Sdn Bhd

Leave a Reply

Your email address will not be published.