Blog

Check out market updates

cara semak harga pasaran rumah

Cara Semak Harga Pasaran Rumah 2023 | Percuma

Cara Semak Harga Pasaran Rumah 2023

Terima kasih kerana sudi melawat web Hartanah Wow | Ejen Hartanah Anda. Kali ini saya akan kongsikan Cara Semak Harga Pasaran Rumah 2023 bagi owner yang ingin menjual rumah dengan khidmat saya sebagai Ejen Hartanah Berdaftar

cara semak harga pasaran rumah. Check market value property. get keep in touch with real estate agent

Biasanya orang ingin Semak Harga Pasaran Rumah kerana mahu dapatkan nilai semasa rumah dan termasuk juga market value bagi tanah, kedai, bangunan. Malah kilang juga termasuk.

Ada beberapa kaedah untuk semak harga pasaran. Yang lebih mudah ialah

  1. Tentukan hartanah apa yang ingin dijual, sama ada rumah, kedai, tanah atau bangunan
  2. Hubungi terus ejen hartanah berdaftar (013-3440625)
  3. Berikan maklumat dan dokumen yang diperlukan (rujuk subtopik-2 di bawah)
  4. atau isi form di bawah
  5. Ejen hartanah akan berurusan dengan jurunilai
  6. Anda akan dapat nilai pasaran hartanah anda
  7. Buat keputusan untuk tetapkan harga jualan
  8. Minta bantuan ejen hartanah tersebut untuk jualkan hartanah anda

.

1. Penting Ke Semak Harga Pasaran Rumah?

Bagi menjawab soalan ini, saya akan kemukakan sebab utama kenapa pemilik / owner rumah perlu check nilai pasaran sesuatu hartanah:

1. Harga Pasaran merupakan salah satu faktor yang mempercepatkan proses jual beli rumah.

Kenapa? Sebab rumah di bawah harga pasaran menjadi trigger buat pembeli di luar sana. Pembeli sangat teruja dengan rumah di bawah harga pasaran (below market value). 

Sebab apa. Willing seller, willing buyer.

Tapi harus diingat, penetapan harga jualan (Selling Price) adalah ditentukan oleh owner bukannya ejen hartanah. Sama ada below market value atau above market value.

2. Bank Akan Bagi Loan Berdasarkan Nilai Pasaran.

Yang ini ramai tak tahu. Bank bukan bagi loan berdasarkan semata-mata harga jualan, tapi sebenarnya berdasarkan nilai pasaran. Sekiranya owner nak jual lebih daripada market value. Pembeli kena topup duit sendiri untuk bayar.

Ada ke pembeli yang sanggup beli rumah yang lebih dari market value dan kena topup duit?

3. Boleh tahu tentang potensi hartanah anda. Hal ini berkaitan dengan pelaburan iaitu Capital Appreciation. Berapa peratusan kenaikan nilai (appreciation) hartanah anda setiap tahun. Bila anda dah minta ejen hartanah semak harga pasaran, anda dah boleh prepare untuk jual hartanah anda =)

Ok, cukup dulu 3 point ini. Nanti akan diterangkan secara details.

cara semak harga pasaran rumah


.

2. Cara Semak Harga Pasaran Rumah Melalui Ejen Hartanah

Saluran untuk semak harga pasaran rumah ada banyak. Tapi yang paling best adalah melalui ejen hartanah! Kenapa? Sebab ejen hartanah akan bantu anda tanpa anda perlu rujuk banyak pihak.

Kebiasaannya ejen hartanah ada rangkaian (networking) dengan banyak pihak yang terlibat seperti peguam hartanah, banker, jurunilai dan prospek pembeli.

Ini bermakna, urusan anda dipermudahkan dan dipercepatkan. Tidak perlu berhubung dengan banyak pihak. Serahkan sahaja kepada ejen hartanah. Pastikan ejen hartanah berdaftar ye.

Perkara yang perlu diambil perhatian apabila berurusan dengan ejen hartanah ialah

1. Pilih ejen hartanah berdaftar (ejen hartanah di sini termasuklah perunding hartanah). Bagaimana nak tahu berdaftar atau tidak. Boleh rujuk no kod pendaftaran iaitu seperti REN 17585, PEA 2681. Boleh rujuk di pautan Servis Ejen Hartanah

2. Berikan maklumat lengkap berkaitan dengan rumah

  • Alamat rumah
  • Jenis rumah (semi-d, banglo, teres, 2 tingkat, 1 tingkat dsb)
  • Keluasan rumah (luas tanah dan bangunan)
  • Details renovation (extent dsb)
  • Maklumat owner (nama, no HP, emel dsb)

atau nak mudah, isi sahaja form ini 

Borang Semak Harga Rumah | Hartanah Wow (klik)

Servis semak harga pasaran rumah ini saya hanya buat untuk pemilik atau pembeli rumah untuk dijual sahaja.


.

Boleh Ke Saya Semak Sendiri Market Value Rumah Saya?

Ya sudah tentu boleh, jika Tuan/Puan adalah owner atau buyer untuk sesebuah hartanah, Tuan/Puan boleh terus check nilai pasaran tersebut:

  1. Perlu sediakan semua maklumat berkaitan hartanah
  2. Perlu sediakan dokumen
  3. Pergi ke bank, minta banker rujuk dengan penilai

Cuma persoalannya, macam mana nak dapatkan info pasal rumah?
kadang-kadang info yang diberikan tidak tepat dan tak cukup.
banker pun ada urusan lain

Di sini pentingnya peranan Ejen Hartanah. Ejen akan beritahu maklumat dan dokumen apa yang diperlukan untuk semak nilai pasaran rumah dan hartanah lain

Nak tahu proses jual beli rumah?

Sila klik link ini Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap

Untuk dapatkan maklumat detail Chek dan Semak Harga Pasaran Rumah boleh hubungi saya

Ejen Hartanah Berdaftar, sedia bantu anda urus jual beli hartanah
Wan Mohamad Rasyadan (PEA 2681)
: HP: 013.344.0625 (whatsapp/call/SMS)
: EMEL: hartanahwow@gmail.com
: WEB: www.hartanahwow.com
: FB: Hartanah Wow 

IQI Realty Sdn Bhd

2 Comments

  1. Pingback:Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap | Jelas | HartanahWow

  2. Pingback:Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap & Jelas

Leave a Reply

Your email address will not be published.