Adakah Bayaran Booking Dipulangkan Jika Loan Tak Lulus?
Adakah Bayaran Booking Dipulangkan Jika Loan Tak Lulus ?
Topik kali ini sangat menarik kerana ramai yang bertanya terutama bila mahu membayar booking fee (earnest deposit) dan kemuncaknya ketika loan/financing tidak diluluskan.
Adakah booking dipulangkan jika loan tak lulus ?.
Istilah yang digunakan untuk pemulangan deposit ialah refund. Bagi menjelaskan proses jual beli seeloknya anda memahami dahulu proses jual beli Baca: 12 Langkah Lengkap Proses Jual Beli Hartanah
Earnest deposit / Earnest money adalah sejumlah wang yang dibayar kepada pemilik hartanah atau wakil (ejen hartanah atau peguam) untuk menunjukkan kesungguhan anda untuk membeli rumah tersebut.
Secara mudahnya ia dimaksudkan sebagai booking fee yang dibayar sebagai komitmen pembeli sebelum membuat pinjaman perumahan.
.
Adakah Booking Dipulangkan Jika Loan Tak Lulus Jika Beli Rumah Melalui Ejen?
Jika anda membeli hartanah melalui ejen hartanah berdaftar seperti saya (iaitu yang ada nombor seperti REN 17585, klik ini) anda selamat kerana ejen hartanah akan memastikan booking dipulangkan jika loan tak lulus.
Ingat, semasa membayar booking fee, pastikan ada ayat / pernyataan untuk pemulangan booking fee bagi kes loan tidak lulus pada Booking Form (Letter Offer To Purchase)
Jadi, anda perlu jujur dengan ejen yang menguruskan jual beli hartanah tersebut, supaya ejen dapat membuat kiraan kelayakan loan, komitmen pinjaman dll sebelum anda membayar booking. Ini dipanggil sebagai proses filtering (tapis) prospek.
Bagaimana pula dengan beli dengan direct owner? Sekiranya anda membeli hartanah direct owner, pastikan owner jelas, faham dan bersetuju untuk refund semula booking fee sekiranya loan tidak lepas. Pastikan ada surat persetujuan bertulis.
.
Adakah Duit Saya Selamat Dengan Bayar Booking?
Ini pentingnya membeli rumah dengan bantuan ejen hartanah. Bila anda membayar booking. Duit tersebut akan dimasukkan ke dalam client account agensi hartanah
Client account tersebut adalah account bukan keuntungan agensi. Ia adalah account khas bagi mengumpul dan ‘hold’ bayaran booking pembeli dan penyewa.
Sekiranya ejen yang menguruskan pembelian tersebut bermasalah atau ditimpa musibah (wal’iyazubillah) wang anda masih selamat berada dalam akaun tersebut.
Pastikan booking form anda disimpan dengan elok. Ia adalah bukti pembayaran di samping resit yang dikeluarkan.
.
Tips Berurusan Dengan Ejen Hartanah
Bila anda berusan ejen hartanah yang paling utama ialah mind-set yang betul terhadap ejen hartanah. Sebab apa?
- Ejen Hartanah adalah individu yang hanya ingin membantu anda membeli dan menyewa hartanah untuk anda
- Anda perlu transparent iaitu jujur dengan memberikan maklumat berkaitan kewangan dan bank anda kepada ejen hartanah. Jangan malu untuk mendedahkan kewangan anda
- Faham dan jelas setiap apa perbincangan dan persetujuan dengan ejen
- Harga rumah naik bukan disebabkan oleh ejen
Nak tahu proses jual beli rumah?
Sila klik link ini Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap
Saya rasa artikel agak ringkas. Jika ada persoalan. Boleh hubungi saya. Untuk beli/jual hartanah
Ejen Hartanah Berdaftar, sedia bantu anda urus jual beli hartanah
Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
: HP: 013.344.0625 (whatsapp/call/SMS)
: EMEL: hartanahwow@gmail.com
: WEB: www.hartanahwow.com
: FB: Hartanah Wow
iRealty
Pingback:Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap | Jelas | HartanahWow
Pingback:6 Panduan Jual Rumah Dengan Khidmat Ejen Hartanah | Pemilik Hartanah
Pingback:7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017 Tips dan Nasihat
Pingback:Cara Beli Rumah Second Hand Panduan Lengkap A-Z
Nor Hairi Alias
on said
Assalamualaikum.saya ingin bertanya.sekiranya saya menjual rumah yang berharga 288800 kepada pembeli dengan harga 410000,adakah nilai tersebut dapat menjelaskan baki pinjaman saya?saya membuat pinjaman dengan kerajaan selama 30 tahun dengan bayaran bulanan lebih kurang rm1400 dan mula potongan pada 2013.Spa ditandatangani pada 2012.sekian terima kasih jika sudi membalas.
admin
on said
Waalaikummussalam
Tuan kena refer dulu dengan LPPSA berapa outstanding loan tuan dulu. Risau masih tinggi lagi prinsipal yang perlu dibayar
Pingback:ARTIKEL 1
Pingback:Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap & Jelas
Zahrah
on said
Adakah owner ada hak untuk burn deposit…boleh buat duitlah ni kalau kowtim dengan bank.
admin
on said
kelebihan beli rumah guna ejen adalah,
ejen akan letak syarat dalam form
duit akan refund sekiranya loan tak approve
makna bukan simply burn
Fara
on said
Berapa lama tempoh refund booking fee akan diproses selepas rejection letter dikeluarkan oleh bank ? Adakah wujud kes yg melibatkan agent/company tipu pembeli dgn cara tidak memulangkan booking fee ? Perlukah pembeli buat police report ? Sign agreement n booking fees settle on 31 july 2021 and bank keluarkan rejection letter on 25 aug 2021 . Sampai skrg sy mnx refund agent hold kata company tgh process ikut policy . Tolong bantu saya .
rasyadan.admin
on said
tiada tempoh yg tepat tuan
sebab tak dinyatakan dalam borang
sekiranya Tuan bayar kpd agency, insyaallah selamat
boleh hubungi agency
Adam
on said
Salam, Saya nak bertanya. Jika loan dh lulus, apa jadi dengan duit booking? Akan dikembalikan atau mcm mna?
rasyadan.admin
on said
wslm. bayaran booking/ earnest deposit dikira termasuk dalam harga rumah.