Berapakah Caj Ejen Hartanah ? Dalam Urusan Jual Beli
Sebenarnya yang kenakan caj itu bukanlah dari ejen hartanah sendiri, tetapi dari agensi hartanah (syarikat)
Kenapa ada caj?
Standard mana-mana badan profesional ada caj dikenakan. Sama ada peguam, arkitek dan lain-lain.
Ia dipanggil Fi Agensi atau Fi Professional.
Caj Ejen Hartanah Untuk Urusan Jual Beli
Merujuk kepada Jadual Ke-7, Akta Penilai Pentaksir Ejen & Pengurus Harta Tanah (Akta 242), fi agensi boleh dikenakan sehingga 3% dari harga jualan.
Katakan sebuah rumah berjaya dijual dengan harga RM 500,000. Jadi fi agensi adalah RM 15,000.
Mak Ai Banyaknya Komisen Ejen Hartanah
Jangan salah faham. Daripada jumlah RM 15,000 (3%) itu, bukan semua ejen hartanah dapat.
Kena tolak portion agensi hartanah dahulu.
Sekiranya ejen tersebut berkolaborasi dengan ejen lain (dipanggil Co-Agency/ Co-Broke), maka fi agensi perlu dibahagi 2 dahulu.
Kenapa Ada Ejen Beritahu Saya Komisen Ejen Hartanah Adalah 3.24%
Sebenarnya caj ejen hartanah maksimum adalah 3% sahaja.
Jadi 0.24% itu adalah SST yang dikenakan oleh pihak kerajaan kepada vendor (iaitu penjual/ pemilik hartanah).
Saya tunjuk cara kira,
Kadar SST ialah 8% dari jumlah fi agensi.
Katakan fi agensi adalah 3%, manakala SST 8%, jadi 6% daripada 3% ialah 0.24%
3% fi agensi + SST 0.24%, maka jadilah 3.24%
Baik Saya Jual Sendiri Rumah Daripada Bayar Duit Kat Ejen Hartanah
Terpulang kepada masing-masing. Sebenarnya seseorang pemilik rumah atau hartanah bebas untuk memilih. Sama ada jual sendiri atau guna khidmat ejen hartanah
Cuma
- Kena ready dengan kerenah bakal pembeli. Bermula dengan iklan, bawa view, nak booking, apply loan dan sehingga setel. Bukan semua bersungguh nak beli dan bukan semua layak. Kadang-kadang dah set masa nak view, bakal pembeli pun tak datang. Tapi ada juga yang ok. Atas rezeki masing-masing
- Perlu berurusan dengan banyak pihak seperti peguam, banker, pejabat tanah dan lain-lain
- dan lain-lain urusan yang kebiasaannya ejen hartanah lakukan
Professional Fee Ejen Hartanah Boleh Tolak Cukai
Ini ramai tak perasan. Bagi kes penjualan hartanah yang dikenakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT/RPGT), penjual boleh tolak fi agensi untuk mengurangkan cukai
.
Hubungi Ejen Hartanah Berdaftar
013-3440625
Rasyadan
Ezani Zakaria
on said
Terima kasih atas penjelasan yg sgt membantu.
rasyadan.admin
on said
sama-sama2 tuan