About Us

About Me Rasyadan Ejen Hartanah 

Terima kasih kerana sudi melayari web HartanahWow untuk mendapatkan info berkenaan hartanah.

Saya Wan Mohamad Rasyadan Wan Hussin “Rasyadan Hussin” (PEA 2681) seorang ejen hartanah berdaftar sejak 2015. Kini bersama dengan agensi hartanah global iaitu IQI Realty Sdn Bhd.

Pada 2019 saya berjaya perolehi Sijil Harta Tanah yang dikeluarkan oleh Institut Penilaian Negara (INSPEN). Saya juga mengikuti Sijil Asas Kewangan dan Perbankan Islam dari Universiti Sains Islam Malaysia sebagai nilai tambah dalam urusan sebagai ejen hartanah.

Berurusan secara profesional, amanah dan mesra itu menjadi teras bagi perkhidmatan saya untuk anda. Khidmat rundingan hartanah disediakan bagi memudahkan urusan anda.

about us

Servis Saya

  1. Khidmat nasihat hartanah: Memberi panduan kepada pemilik hartanah berkaitan nilai pasaran, khidmat nasihat pelaburan & pengurusan hartanah kepada pembeli serta prosedur jual-beli hartanah,
  2. Khidmat peguam dan pembiayaan perumahan: Khidmat peguam yang berpengalaman dalam urusan jual beli hartanah, panduan berkaitan pemilihan produk pembiayaan perumahan, proses dan dokumen untuk memohon pembiayaan perumahan
  3. Semakan nilai pasaran: Bagi pemilik dan pembeli, saya tawarkan semakan nilai pasaran untuk memudahkan urusan anda

jual beli rumah

Medium Pemasaran

Kenapa ramai memilih ejen hartanah? Kerana servis ejen hartanah sangat luas dan cepat dalam urusan pemasaran. Ada tiga (3) jenis medium pemasaran:

  1. Offline: Banner, flyer, surat khabar, majalah dan sebagainya
  2. Online: HartanahWow.com, iProperty, TheEdgeProperty, Mudah.my, PropertyGuru, Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp dan sebagainya
  3. Jaringan ejen hartanah: Mempunyai jaringan ejen hartanah yang luas seluruh negara melalui sistem Co-Agency (CoA)

Maklumat Dikehendaki

  1. Sekiranya mahu JUAL hartanah: Maklumat berkaitan hartanah seperti alamat, luas (land area/built up), jenis, pegangan (freehold/leasehold) dan harga untuk dijual atau terus berjumpa untuk berbincang.
  2. Sekiranya mahu BELI hartanah: lokasi hartanah, bajet, jenis hartanah dan maklumat berkaitan pendapatan.

Reviews & Testimonials 

Kawasan Tumpuan