Cara Kira Bayaran Peguam Untuk Beli Rumah
En Rasyadan, saya berhasrat nak beli rumah. Nak kira la berapa kos bayaran peguam untuk beli rumah ye? Sebab kalau tak cukup saya nak keluarkan EPF untuk deposit.
Ini antara soalan yang pembeli akan tanya berkaitan kos diperlukan untuk membeli rumah atau mana-mana jenis hartanah.
Caj yang dikenakan oleh peguam hartanah tidak sama bagi satu-satu transaksi hartanah. Sebab apa? Setiap jenis hartanah mempunyai syarat yang berbeza.
Contohnya kos guaman beli rumah second hand tak sama dengan beli rumah dengan pemaju. Kos guaman beli rumah pertama tak sama dengan beli rumah kedua.
Subtopik seterusnya saya akan jelaskan secara terperinci bagaimana untuk kira bayaran peguam untuk beli rumah
Topik-Topik Dalam Artikal Cara Kiraan Bayaran Peguam Untuk Beli Rumah (klik untuk ke topik)
1. Cara Kira Bayaran Peguam Untuk Beli Rumah
Perkara utama yang perlu difahami ialah pembahagian dalam bayaran peguam untuk beli rumah Iaitu
1. Yuran Guaman / Fi Profesional. Ditetapkan oleh Jabatan Peguam Negara iaitu berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara (Pindaan) 2017, Akta Profesion Undang-undang 1976. Cara kiraan adalah berdasarkan peratusan harga belian
2. Caj Disburmen: 2 perkara yang menyebabkan caj ini tak sama. Pertama setiap peguam caj tak sama. Kedua status/syarat yang ada pada sesuatu hartanah.Â
3. Duti Setem: Duti setem yang dimaksudkan ialah Duti Setem pada Memorandum of Transfer iaitu urusan pindah milik. Kadarnya ditetapkan oleh LHDN. Ada sesetengah peguam masukkan kos duti setem ke dalam disburmen.
Menurut Tn Khairul Anuar dalam buku beliau 40 Soalan Yang Anda Patut Tanya Kepada Peguam Anda Sebelum Membeli Rumah di Malaysia (panjang tajuk sesuai dengan Panjang penjelasan beliau)
Bayaran yang diterima oleh seseorang peguam untuk sebarang transaksi hartanah telah ditentukan oleh satu undang-undang bertulis yang dijadikan panduan dan perlu dipatuhi oleh semua peguam yang mengendalikan sebarang transaksi hartanah.
1. YURAN GUAMAN / FI PROFESIONAL
Dalam sesetengah sebut harga peguam, ada ditulis sebagal Legal Fee Sale & Purchase Agreement (SPA). Cara kiraan adalah berdasarkan Perintah Saraan Peguam Cara (Pindaan) 2017, Akta Profesion Undang-undang 1976. Berkuatkuasa 15 Mac 2017.
Sumber: easylaw
Cara kiraan: Katakan ada 2 rumah untuk dijual. Rumah di Gombak RM 400,000 dan satu lagi di Setapak RM 670,000
1. Hartanah di Gombak: RM 400,000
RM 500,000 pertama: RM 400,000 x 1% = RM 4000
Jumlah keseluruhan: RM 4000
Â
2. Hartanah di Setapak: RM 670,000
RM 500,000 pertama: RM 500,000 x 1% = RM 5000
Lebihan RM 170,000 : RM 170,000 x 0.8% = RM 1360
Jumlah keseluruhan : RM 5000 + RM 1360 = RM 6360
Bagi rumah di Gombak yuran guaman adalah RM 4000, manakala rumah di Setapak ialah RM 6360
2. CAJ DISBURMEN / PENGELUARAN
Kos ini bergantung kepada syarat/status hartanah dan juga berlainan bagi setiap peguam. Contoh perbezaan status hartanah ialah Freehold dan Leasehold, Kos Rendah dan Kos Sederhana dan sebagainya.
Manakala yang melibatkan peguam seperti kos perjalanan, kos percetakan, telefon, carian pejabat tanah, carian bankrap dan sebagainya.
Kos ini biasanya pembeli boleh berunding untuk mohon diskaun dari peguam.
3. DUTI SETEM
Duti Setem bagi pindahmilik hartanah (Memorandom of Transfer, MoT) ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri berdasarkan Akta Setem 1949 rujuk Jadual Pertama
Sumber: Propertyguru
Untuk Yuran Guaman harga dirujuk ialah harga belian. Tetapi bagi Duti Setem harga yang dirujuk ialah sama ada harga pada belian atau harga pasaran yang mana lebih tinggi (which ever is higher).
Contohnya harga belian RM 400,000 tetapi harga pasaran adalah RM 550,000. Jadi yang dikira ialah berdasarkan RM 550,000
Â
Cara kiraan duti setem: Katakan ada 2 rumah untuk dijual. Rumah di Gombak RM 400,000 dan satu lagi di Setapak RM 670,000
1. Hartanah di Gombak: RM 400,000
RM 100,000 pertama: RM 100,000 x 1% = RM 1000
Lebihan RM 300,000 : RM 300,000 x 2% = RM 6000
Jumlah keseluruhan = RM 1000 + RM 6000 = RM 7000
2. Hartanah di Setapak: RM 670,000
RM 100,000 pertama: RM 100,000 x 1% = RM 1000
RM 100,001 – RM 500,000 : RM 400,000 x 2% = RM 8000
Lebihan RM 170,000 : RM 170,000 x 3% = RM 5100
Jumlah keseluruhan = RM 1000 + RM 8000 + RM 5100 = RM 14,100
Mak ai, mahalnya peguam caj. Jangan silap faham, caj ini ditentukan oleh LHDN dan dibayar kepada LHDN bukan kepada peguam (tapi dibayar melalui peguam)
Ada beberapa keadaan yang membolehkan pembeli menikmati pengurangan duti setem seperti pembeli rumah pertama dan sebagainya.
Contoh Kiraan Bayaran Peguam Untuk Beli Rumah
Bagi rumah berharga RM 300,000 anggaran kos peguam yang perlu dikeluarkan ialah RM 9000.Â
Tapi harus diingat. Ini belum lagi
[DITAMBAH] Duti Setem SPA, Masuk dan keluar Kaveat, Mohon consent bagi kes yang perlu consent dll
[DITOLAK] Diskaun Duti Setem bagi kes pembeli rumah pertama berharga RM 300,000 ke bawah, Pindah milik ayah anak dll.
Kiraan di atas sebagai satu asas harga yang pembeli boleh bersedia untuk keluarkan wang.
2. Boleh Ke Minta Diskaun Bayaran Peguam Untuk Beli Rumah?
Apabila peguam menghantar sebut harga atau invois. Pembeli boleh semak dahulu caj yang dikenakan. Dan juga boleh cuba kira berdasarkan cara yang dinyatakan di atas.
Walaupun cara di atas bukanlah nilai mutlak tapi boleh dijadikan anggaran yang pembeli perlu keluarkan duit.
So, yang boleh anda minta diskaun ialah bahagian disburmen.
3. Peguam Ini Caj Lagi Murah. Kita Pilih Yang Ini La
Yang ini paling ramai orang suka jadikan perbandingan.
Mana yang murah?
Peguam ini caj mahal la
Yang perlu menjadi keutamaan ialah servis peguam yang efisyen, cepat dan mudah berurusan berbanding caj yang mereka kenakan.
Sebab apa. Proses jual beli ini tak sama bagi setiap hartanah. Ada yang susah dan ada yang senang. Ada yang cepat dan ada yang lambat.
Contoh beli rumah guna loan bank mungkin lebih cepat setel berbanding guna loan kerajaan (LPPSA). Beli rumah yang kos rendah ambil masa yang Panjang berbanding rumah kos sederhana.
Bagi peguam yang berpangalaman dan bagus, kes-kes rumit dapat diselesaikan dengan cepat dan mudah walaupun mungkin caj agak tinggi.
4. Apa Tips Untuk Pilih Peguam Hartanah?
Apa kriteria peguam hartanah yang boleh pembeli pilih?
Saya berikan beberapa tips sebagai panduan pilih peguam hartanah
- Pastikan peguam dan firma yang berdaftar. Boleh rujuk di web Majlis Peguam
- Tiada rekod kesalahan / blacklisted
- Yang sudah biasa urus jual beli hartanah (conveyancing)
- Mudah untuk dihubungi
- Selalu update status urusan jual beli
Yang no 1 – 2 tu saya boleh cuba semak di web. Tapi yang no 3 – 5 tu macam mana? Saya ni first time beli rumah.
Senang sahaja
Tanya pandangan ejen hartanah. Sebab ejen hartanah dah selalu berurusan dengan peguam hartanah.
Boleh klik link ini untuk bacaan lanjut berkaitan Tips dan Panduan Lantik Peguam Hartanah
5. Boleh Ke Saya Nak Guna Peguam Pembeli? Jimat Kos Saya Jual Rumah
Bahagian ini untuk panduan penjual. Nak lantik peguam sendiri, kos agak tinggi. Nak guna peguam pembeli dapat la jimat sedikit. Tapi yang jadi persoalan mana lebih baik lantik peguam sendiri atau guna peguam pembeli,
Berdasarkan etika dan undang-undang, peguam tidak boleh mewakili 2 pihak. Sebab akan berlaku conflict of interest. Tapi secara praktikal di pasaran, ramai penjual yang guna peguam pembeli.
Cara terbaik ialah melantik peguam sendiri yang mewakili pihak penjual. Peranan peguam adalah menjaga hak dan kepentingan client. Jika mewakili 2 pihak, bagaimana nak pastikan hak dan kepentingan masing-masing dijaga.
Kesimpulannya ialah, walaupun kos yang dikeluarkan bagi bayaran peguam untuk beli rumah adalah tinggi. Tapi itu lebih bagus sekiranya peguam tersebut menjalankan kerja dengan baik, cepat dan mudah berurusan.Â
Nak beli rumah atau mana-mana hartanah perlukan modal. Terutama bagi hartanah second hand dan lelong. Tapi ada beberapa cara bagaimana nak beli rumah dengan modal yang agak minima.
Nak tahu cara boleh hubungi saya
Rasyadan Hussin
HP: 013-3440625
REN 17585
Hubungi:Â Rasyadan Hussin
Seorang Ejen Hartanah Berdaftar dengan BOVEA sejak 2015. No Pendaftaran REN 17585. Memiliki Sijil Harta Tanah (INSPEN). Kini bersama agensi iRealty Putrajaya.
HP: +6013-3440625 (klik untuk call)
+6013-3440625 (klik untuk whatsapp)
Emel: hartanahwow@gmail.com
www.hartanahwow.com
azman Julaihi
on said
Bolehkah puhak guaman meminta bayaran penuh sekali gus walaupun rmh belum siap.
rasyadan.admin
on said
boleh. boleh jg bincang dari sudut pembayaran
Thayalen
on said
Nak tanya…saya beli rumah pertama dengan harga Rumah 135k
Tolong bantu saya cara kira kos guaman Dan duti setem SPA
rasyadan.admin
on said
secara tepat tak boleh nak buat kiraan sebab banyak perkara akan diambil kira
spt low cost, master title dll. semua ini akan pengaruhi kos legal fee
anggaran adalah dalam rm3k – 4k
Syarah syahindah
on said
Adakah rumah sub sale untuk pertama kali beli rumah perlu bayar duti setem?
rasyadan.admin
on said
bergantung kepada harga rumah. skrg bawah 500k free stamp duty
tapi kena ingat harga ditentukan harga jualan atau nilai pasaran yang mana paling tinggi
Helmee Adam
on said
Saya nak beli rumah low cost comer lot berharga RM 16500 agen kata duit peguam dgn lain2 RM 16000 , pembelian kedua Saya ni
Helmee Adam
on said
Maaf harga rumah RM 165000
rasyadan.admin
on said
agak tinggi juga tu
Lydia
on said
Maaf nak bertanya.. harga rumah yang nak beli 228000 anggaran kami kena bayar dlm 14k kata peguam..ada kah upah setinggi itu? Rumah pertama
rasyadan.admin
on said
perlu lihat apa yang peguam caj. boleh minta quotation atau cuba tanya lawyer lain juga
SULAIMAN BIN HOLIS
on said
Salam tuan, klu rumah 100k berapa plak kita kne bayar untuk guaman spa dan loan aggrement
rasyadan.admin
on said
Anggaran sahaja boleh jadi lebih murah atau lebih mahal
Legal Fee SPA & MoT
– RM 4000 sehingga RM 5000
Loan agreemen
– RM 3000 sehingga RM 4500
Mohd Za'im bin Mohd Nawi
on said
Bolehkah saya tahu berapa bayaran yang dikenakan untuk Registration Borang 16A..Peguam saya telah charge sebanyak RM 1400.00 utk hal tersebut..adakah ianya betul..terima kasih
rasyadan.admin
on said
Borang 14A untuk tukar nama
kena ikut harga jual tuan
baru boleh kira
Aizat
on said
Salam Tuan. Satu pertanyaan mengapa dalam slip bayran yang dikeluarkan oleh lawyer ade nyatakan berkenaan late payment charge walhal saya x pernah lambat dan bayar on time untuk first disburse. Boleh terangkan x Tuan
Tarmizi
on said
Assalamulaikum Tuan.
saya pembeli rumah kedua yg berharga 165000. Sy nk tanya tuan utntuk pmbayaran lawyer legal fee, LHDN ada cas ke rumah kedua. sebab lawyer bagithu kalau rumah pertama legal fee murah sedikit berbanding rumah kedua. Tolong pencerahan tuan.
Tarmizi
on said
bayaran legal fees total rm7,309.48 rumah kedua
Noor
on said
Jika beli rumah 180k anggaran bayar fee peguam dan caj total semua berapa?
rasyadan.admin
on said
tuan kena tahu status rumah
Tarmizi
on said
bayaran legal fees total 7,309.48 rumah kedua
rasyadan.admin
on said
wslm ye betul sebab rumah kedua tidak adalah free atau diskaun stamp duty
Wan
on said
Salam tuan.
Sy beli rumah pertama 230k. (Undercon)
Bayaran yg perlu dijelaskan kepada peguam adalah 1k.
Mahal atau camna?
rasyadan.admin
on said
wslm. kira murah
macklen
on said
salam tuan. sya baru beli rumah. harga tersbut 285k. Legal fee dan yuran guaman telah dibayar oleh Lppsa kepada lawyer 5746.30. lepas itu, pihak lawyer meminta bayaran lagi sebanyak 2596.00 atas profesional charges and disbursements. Saya mahu tanya, adakah memang prosedur n bayaran ini betul? terima kasih. mohon pencerahan. maaf, sya pembeli rumah yang pertama.
rasyadan.admin
on said
wslm. tuan kena tanya dahulu lawyer, bayaran ini adakah untuk Legal Fee SPA & MoT? kalau ye, betul la bayaran. sebab memang pembeli kena bayar.
tapi kalau ia Legal Fee Loan, itu sebenarnya tidak ok, sebab legal fee loan dh dimasukkan dalam loan.
saya jawab setakat saya tahu atas keterbatasan maklumat
Thayalen
on said
Nak tanya…saya beli rumah pertama dengan harga Rumah 135k
Tolong bantu saya cara kira kos guaman Dan duti setem SPA
anna
on said
salam tuan…skrang ni ada pengecualian x bayaran duti setem ke ape2 caj yang diumumkan oleh PM kita..xsilap saya I-Miliki …
rasyadan.admin
on said
wslm. ada untuk rumah pertama
bawah 500k free
antara 500k – 1juta diskaun tapi rasanya belum diwartakan
Shahr
on said
السلام عليكم
Tuan nak tanya, saya beli rumah berharga 275K, menggunakan skim rumah pertama. Bayaran kepada lawyer RM9872.00. Saya kira berdasarkan formula tu mcm mahal je sy kene bayar. Boleh beri pendapat tuan, terima kasih.
rasyadan.admin
on said
waalaikummussalam
saya kena tahu adakah loan agreement termasuk dalam loan atau bayar cash?
Norsiah
on said
Assalammualaikum Encik Rasydan,
Saya nak tanya, saya baru je lulus loan rumah 165k tetapi masa buat loan tu agen ada tolongkan mark up kan value rumah sehingga 180k. Saya dapat hanya 90% loan tersebut. Boleh encik kirakan berapa bayaran caj untuk peguam. Rumah yang saya beli tu rumah subsale
rasyadan.admin
on said
Waalaikummussalam
saya kena tahu details cik
status rumah dll
unknown
on said
saya park komen ini. tggu respon. nk tahu jugak
Idayu
on said
Assalamualaikum,
Saya nak bertanya, apakah status pembelian rumah saya yang baru sekiranya sebelum ini sy pernah memiliki rumah dan menjual rumah tersebut… Adakah dikira rumah pertama?
Bagaimana pula pengiraan duti setem
rasyadan.admin
on said
waalaikummussalam. ye. pemilikan rumah pertama. sama ada dh jual atau habis bayar. dikira dh miliki rumah pertama. tak layak untuk dapat kelebihan first house buyer
Nur
on said
Salam tuan . Sy ingin bertanya . Sekiranya sy membeli rumah berharga 269k berapa angaran kos untuk lawyer ? Untuk pembelian rumah pertama kali .
rasyadan.admin
on said
wslm. maaf saya tak boleh kira sebab banyak perkara perlu diambil kira
Idayu
on said
Assalamualaikum tuan,
Mohon pandangan, sy beli rumah berharga rm350k, kos dikenekan oleh lawyer adalah rm8630 utk loan, dan rm6440 utk SPA… Pada pandangan saya mcm agak mahal, apa pandangan tuan?
Terima kasih
rasyadan.admin
on said
waalaikummussalam Cik. Saya tak boleh nak respon sepenuhnya sebab
– faktor pegangan, sekatan, cagaran dll akan beri kepada kepada kos peguam
Suria
on said
Hi Tuan, saya beli 2nd home berharga 135K, leasehold apartment. Loan 90%; saya dpt dalam 144K. Cuma lawyer penjual ambik masa pindah milik nama dari mendiang ibu penjual kepada saya. Caj guaman untuk bank loan RM8,000. Ok tak?
rasyadan.admin
on said
hi lebih kurang dari caj peguam lain
Amira
on said
Assalamualaikum Tuan. Saya nk bertanya mengenai valuation fee. Saya telah sign offer letter. Dlm offer letter ada menyatakan:
Property financing = RM210 000
MRTT = RM1543
Valuation fee = RM1000
Legal fees. = RM5250
Facility Amount = 217 793
Saya ada dihubungi oleh panel valuer yg dilantik oleh bank & menyatakan saya perlu membayar valuation fee dlm anggaran rm1500. Soalan saya, kenapa saya perlu membayar valuation fee lg sedangkn sudah dimasukkn dlm total loan yg saya perlu bayar? Maaf ini adalah pemmbeelian rumah pertama saya jd byk yg saya x tahu. Mohon pencerahan drpd encik. Terima kasih.
rasyadan.admin
on said
waalaikummussalam
kenapa valuation fee cik mahal sangat ye? Harga RM 210,000 caj valuation sampai RM 5250. terlampau mahal
Theresa
on said
Good evening,..I nak tanye saya nk beli rumah harga RM 165,000..utk rumah pertama bayaran full cash tk nk loanso brpe saya kena byr utk lawyer fees Dan lain2… urgent …
rasyadan.admin
on said
wslm. maaf saya tak boleh kira sebab banyak perkara perlu diambil kira
Najlaa iqlima
on said
Hi Cik, saya sedang dlm proses beli rumah kos rendah harga 195k, loan dah approved. Pemaju maklumkan pasa saya kos lawyer total 8k (termasuk tukar nama, duti setem) , MOT terkecuali sebab rumah pertama. Berbaloi Dan logik tak cik dgn harga guaman 8k itu ?
rasyadan.admin
on said
lebih kurang dah tu,
cik tiada pilihan lawyer lain sebab beli dgn pemaju
Izuan Hakkim Aziz
on said
Salam tuan,sy pembeli rumah pertama .. rumah yg sy beli rumah subsale ( rumah yg dijual semula )
harga rumah rm160k ( rumah kos murah bumiputra ) sy agak pening dengan kadar kos guaman ini,rata rata rate yg sy dpt dlm 6.6k ke 7k
bukan gov ada bg subsidi utk rumah bawah 500k utk duty,tetapi kena masih agak tinggi atau ini mmg rate harga semasa .. terima kasih tuan,
rasyadan.admin
on said
wslm. tuan kena inform lawyer yg tuan adalah first house buyer. baru la lawyer akan exclude kos stamp duty. tp tuan kena isi borang
Farah
on said
saya beli rumah harga rm200000..yuran guaman rm8859..rsa mcm agak tnggi jgk tu.
rasyadan.admin
on said
saya rasa dah betul atau lebih kurang. kalau cik bukan beli rumah pertama
kos stamp duty sahaja dah 3k
caj professional fee rm2.5k
belum campur urusan lain
Asyraf
on said
Saya ingin membeli rumah pertama saya di Raub, Pahang. Harga pasaran 160k manakala harga dijual 170k. Status rumah adalah freehold, rumah 2nd dan kos sederhana.
Boleh tuan buat anggaran segala kos2 yang bakal di kenakan terhadap saya?
rasyadan.admin
on said
lebih elok tuan rujuk terus peguam yang berhampiran
Suria Din & Associates
on said
Setuju dengan penulis. Pemilihan peguam hartanah yang menawarkan harga yang murah bukanlah satu idea yang baik. Sikap professional ,mudah berhubung dan sentiasa update perjalanan kes lebih penting dalam memilih peguam hartanah.
rasyadan.admin
on said
terima kasih Cik