Blog

Check out market updates

viewing rumah hendak dibeli

5 Tips Ketika Viewing Rumah Hendak Dibeli, Panduan Elak Anda Rugi

5 Tips Ketika Viewing Rumah Hendak Dibeli,
Panduan Elak Anda Rugi

Viewing rumah hendak dibeli sangat penting bagi pastikan tiada kekesalan selepas anda selesai sign SPA rumah tersebut. Tips ini simple dan penting namun mungkin ramai terlepas pandang. Sebab excited ketika mahu membeli rumah dan ditambah dengan ayat-ayat manis yang ditaburkan.

Bagi seorang perunding hartanah berdaftar (selepas ini dipanggil ejen hartanah berdaftar), etika yang perlu diambil perhatian ialah jujur dengan client. Iaitu penjual (owner / vendor) dan pembeli (buyer / purchaser).

Ejen Hartanah berdaftar tak akan mempengaruhi pembeli untuk beli rumah yang mempunyai kerosakan yang melampau dan dirahsiakan. Kerosakan teruk yang dirahsiakan adalah kesalahan dan kezaliman buat pembeli.

Maksud viewing: lihat atau inspect rumah yang hendak dibeli

viewing rumah hendak dibeli

#1 Sebelum Viewing Rumah Hendak Dibeli, Kena Tahu Status Rumah

Sekiranya anda beli rumah melalui khidmat ejen hartanah, minta beliau nyatakan status rumah, keadaan rumah dan sebagainya.

Ini penting supaya anda mendapat gambaran berkenaan rumah. Dan elakkan dari salah faham antara anda, ejen dan owner.

Sebagai pembeli, anda juga kena tahu berapa kelayakan loan anda dan harga rumah yang hendak dibeli. Jangan sesekali view rumah yang anda tak layak untuk dibeli (bermaksud luar kelayakan loan anda).

Perhatian. Apabila ejen banyak bertanya tentang kelayakan loan anda sebelum viewing. Nyatakan secara jujur dan berikan semua maklumat. Sebenarnya ejen tersebut sedang membantu anda. Ramai yang salah faham yang menganggap ejen menyibuk dan banyak songeh.

.

#2 Periksa Kerosakan, Ambil gambar dan Catat

Semasa waktu viewing, bermula dari pintu masuk sehingga selesai viewing, pastikan anda teliti pada setiap kerosakan, catat dan ambil gambar (sekiranya perlu).

Seperti kerosakan lantai (pecah, gelembung dsb), masalah tekanan air rendah, keretakan, masalah anai-anai dan sebagainya. Perkara ini sebagai info bila anda deal dengan ejen /owner semasa mahu booking rumah tersebut.

Bagi rumah berstrata (flat, apartment atau condo) pastikan tiada masalah leaking dari bahagian atas rumah atau bahagian bawah rumah. Masalah leaking sangat rumit, perlu kepada usahasama 2 pihak, iaitu dua tuan rumah.

Tips untuk kenalpasti sama ada leaking atau tak;

  1. Lihat di bahagian siling rumah. Ada tak kesan air atau di bahagian celah antara siling dan dinding rumah
  2. Jika sempat. Tanya kepada penghuni unit di bawah unit yang anda hendak beli. Ada tak leaking dari siling rumahnya iaitu dari lantai rumah yang anda mahu beli.

Harus diingat! Kerosakan di dalam petak (unit rumah) adalah di bawah tanggungjawab pemilik rumah. Bukan JMB. 

Jika rumah yang dibeli, ‘diserah’ bersama dengan penyewa. Anda boleh tanya secara terus dan telus kepada penyewa,

“Dik, sepanjang adik duduk rumah ni, ada masalah ke?”
“Rumah ada leaking tak?”
“Tekanan air rumah ini ok ke kalau basuh baju atau basuh kereta?”

.

#3 Kenal Kejiranan Supaya Anda Selesa Berada Di Sana

Kejiranan yang baik memberi keselesaan

Kelebihan membeli rumah subsale ialah boleh kenalpasti kejiranan berbanding rumah baru yang kita tidak tahu siapa jiran kita.

Kriteria untuk pilih kejiranan yang adalah subjektif. Saya pernah berjumpa dengan seorang client (buyer) yang mahu beli rumah di Bandar Seri Putra, katanya di sana kejiranan yang bagus dari sudut sosial dan educated. Bagi beliau bagus untuk membesarkan anak-anak.

Seperti yang saya nyatakan. Ia subjektif. Terpulang kepada anda.

.

#4 Tahu Sikap JMB. Iaitu Komitmen Mereka Terhadap Tugasan

Ini bagi kes rumah strata. JMB bermaksud Joint Management Body (JMB) atau Badan Pengurusan Bersama yang uruskan bangunan tersebut dan bayaran bulanan (maintenance) kepada JMB.

JMB yang bagus adalah JMB yang sangat peka pada keselamatan, keselesaan, kebersihan penduduk. Setiap aduan akan diambil perhatian. Saya ada pengalaman dalam urus rumah sewa dan deal dengan beberapa JMB. Ada JMB yang sangat proaktif dan ada yang memang tak peduli tentang aduan penduduk.

Baca: Pengurusan Strata

.

#5 Keselamatan Persekitaran

Ketika dibawa viewing rumah hendak dibeli, anda perlu memeriksa keadaan keselataman di kawasan tersebut. Sekiranya rumah tersebut ada security guard, lagi bagus. Sekiranya tiada, tak menjadi masalah asalkan persekitaran adalah selamat.

Selamat dari gangguan manusia atau haiwan liar seperti anjing liar, kera dan sebagainya.

.

Tambahan

Membeli rumah bukan seperti membeli barangan lain sebab ia memerlukan kos yang tinggi dan melibatkan perjanjian dengan pihak-pihak lain seperti Bank, peguam dan sebagainya.

Oleh itu, perlu kepada ketelitian semasa proses jual beli. Pilihlah ejen hartanah berdaftar untuk keselamatan dan keselesaan anda.

Ini adalah sebahagian dari perkongsian saya, untuk dapatkan lagi Tips berkaitan hartanah boleh klik link ini Baca Tips Hartanah – Hartanah Wow 

Nak tahu proses jual beli rumah?

Sila klik link ini Proses Jual Beli Rumah Di Malaysia Lengkap

.

Ejen Hartanah Berdaftar, sedia bantu anda urus jual beli hartanah
Wan Mohamad Rasyadan (REN 17585)
: HP: 013.344.0625 (whatsapp/call/SMS)
: EMEL: rasyadan.imgsel@gmail.com
: WEB: www.hartanahwow.com
: FB: Hartanah Wow 

IM Global Property Consultants Sdn Bhd

5 Comments

  1. Pingback:5 Panduan Elak Ditipu Sebelum Sewa Rumah, Tips Sangat Bernilai

  2. Pingback:Cara Urus Rumah Sewa Supaya Anda Tak Pening Kepala

  3. Pingback:7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017 Tips dan Nasihat

  4. Pingback:Cara Beli Rumah Second Hand : Panduan Lengkap A-Z

  5. Pingback:7 Cara Beli Rumah Panduan Penting 2017 | | QuoteMeProperty.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.