5 Perkara Yang Perlu Dilakukan Bila Dapat Kunci Rumah
Semua orang confirm akan happy bila dapat kunci rumah baru kan.
Tapi kena ingat, dapat kunci tu kena setel dahulu urusan-urusan yang penting.
Buat kenduri ke? ‘Pagar’ rumah ke?
Bukan tu maksud saya. Maksud saya urusan pendaftaran nama di beberapa bil atau akaun. Sebenarnya benda ni boleh buat awal lagi. Iaitu selepas tandatangan Perjanjian Jual Beli (SPA), tetapi bergantung kepada nasihat peguam.
.
#1 Tukar Nama Bil Cukai Taksiran
Cukai Taksiran atau nama lain ialah Cukai Pintu.
Ramai yang terlepas pandang bab ini. Sebab ingat peguam yang akan tolong buat. Sebenarnya untuk cukai taksiran, pembeli kena buat sendiri.
Lagi naya, sekiranya lambat tukar nama, denda akan dikenakan
Peguam biasanyakan akan urus pertukaran bil Cukai Tanah sahaja. Tapi ada la juga client bayar upah lebih sedikit kepada peguam, minta peguam urus semua.
Cukai pintu ini nak kena berurusan dengan pihak mana ye?
Untuk cukai pintu, kena berurusan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di lokasi rumah tersebut. PBT tu apa ye? Macam RMT ke? Bukan la. Term yang lebih difahami adalah Majlis Daerah, Dewan Bandaraya, Majlis Bandaran dan sebagainya.
Cara Untuk Lakukan
- Membuat pembayaran tunggakan cukai pintu
- Hubungi pihak PBT / Boleh emel
- Sertakan dokumen yang diperlukan seperti salinan IC, salinan perjanjian jual beli dan resit pembayaran cukai taksiran
.
#2 Tukar Nama Bil Elektrik / TNB
Bil ini kebiasaannya semua orang dah tahu. Takkan la kat rumah tiada elektrik kan.
Anda ada beberapa pilihan sama ada nak buka akaun baru atau tukar penama dari akaun owner sebelum. Cadangan saya lebih baik tukar nama dari akaun owner sebelum.
Jangan lupa untuk standby bayaran deposit.
Cara Untuk Lakukan
.
#3 Tukar Nama Bil Air
Untuk tukar nama di bil air, anda perlu ke pejabat syarikat air seperti SAINS (Negeri Sembilan), AIR SELANGOR (Selangor), AKSB (Kelantan) dan lain-lain.
Pastikan tunggakan bil lama telah diselesaikan
.
#4 Tukar Nama Bil Indah Water IWK
Bil Indah Water ni antara bil yang kerap terlepas pandang. Sama ada dalam urusan jual beli mahupun sewaan.
Selingan sedikit berkaitan sewaan premis. Dalam Perjanjian Sewaan, kadang kala tidak dinyatakan secara jelas siapakah yang bertanggungjawab untuk membayar caj pembentungan.
Adakah pemilik rumah atau penyewa? Biasanya bila saya urus sewaan, saya akan nyatakan dalam Tenancy Agreement, penyewa bertanggungjawab untuk membayar caj pembentungan.
Walaupun caj sebulan tidaklah mahal iaitu RM 8 sebulan. Tapi kalau dah menyewa 5 tahun, hampir RM 500 tunggakan bil Indah Water. Siapa nak bayar? Kena clear awal-awal.
Cara Untuk Membuat Pertukaran Nama
Saya copy dari post FB Indah Water
“Saya dah jual rumah. Apa prosedur tukar nama untuk bil IWK ye?”
Ini merupakan antara soalan lazim yang sering kami terima. Untuk membuat penukaran nama bil pembetungan, anda cuma perlu mengemukakan salah satu dokumen yang disenaraikan dan e-mel kepada care@iwk.com.my. Pihak IWK akan mengemaskini akaun pembetungan anda dengan maklumat nama pemilik yang baru.
Oh ye, pastikan saiz lampiran tersebut tidak melebihi 3 MB ya.
Penerangan:
- Pemilik perlu jelakan dahulu tunggakan bil
- Emel ke care@iwk.com.my segala dokumen (Slip pembayaran tunggakan bil, Salinan perjanjian jual beli dan cukai pintu). Boleh compress dahulu setiap dokumen atau save as PDF
- Pengisytiharan Jualan (Proclamation of Sale POS) tu bagi kes belian secara lelongan
.
#5 Tukar Nama Di Pejabat JMB atau Persatuan Penduduk
Bagi kes rumah strata atau yang mempunyai caj penyelenggaraan (maintenance fee), anda perlu daftar nama anda dengan pihak JMB, bagi mengelakkan salah faham dan tunggakan hutang lama ke atas pemilik baru.
Biasanya peguam akan uruskan tunggakan hutang pemilik lama dahulu sebelum selesaikan semua urusan jual beli.
Tapi ada kes, hal ini terlepas pandang. Dan jadi masalah kepada pemilik baru.
Satu lagi adalah memaklumkan kepada pihak persatuan penduduk yang anda adalah pemilik baru bagi rumah tersebut. Ini bagi memudahkan pihak persatuan penduduk untuk kemaskini butiran penduduk.
Dan sekiranya ada kutipan yuran persatuan atau caj security, tidak ada hutang pemilik lama ditanggung atas nama pemilik baru.
.
Sekian itu sahaja perkongsian dari saya. Jika ada persoalan boleh komen di bawah. Sekiranya bermanfaat boleh share kepada orang lain